Paluan Berundur Sempena Persaraan Timbalan Ketua Polis Negara
PULAPOL
Kuala Lumpur - 12 November 2007. YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abd Aziz,
Timbalan Ketua Polis Negara memulakan kerjaya dalam pasukan Polis Diraja
Malaysia sebagai Inspektor Percubaan pada 11 November 1969 dengan
menjalani latihan asas kepolisan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala
Kubu Baru, Selangor.
Setelah
mencurahkan bakti selama 38 tahun didalam pasukan Polis Diraja
Malaysia, pada hari ini, Majlis Paluan Berundur Sempena Persaraan YDH
Tan Sri Mohd Najib bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan
isteri, Y.Bhg. Puan Sri Fatimah binti Hamid telah di adakan di PULAPOL
Kuala Lumpur. Hadir sama dimajlis tersebut, YDH Dato' Hj. Ismail bin Hj.
Omar, Pengarah Pengurusan yang mewakili YDH Ketua Polis Negara, YDH
Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan isteri, YDH Pesuruhjaya Polis dan
Ketua-ketua Polis Negeri dan isteri, Pegawai-pegawai Kanan dan tetamu
jemputan.
Majlis
diserikan dengan bacaan sajak bertajuk ' Langkah Megah Seorang Pahlawan
Terbilang' oleh Juara Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2007
Peringkat PDRM, C/Insp Mohamad bin Mahat, Persembahan Pancaragam Pusat
PDRM dibawah pimpinan ASP Rosli bin Omar dan C/Insp Norman Mohd Noor dan
dibantu Drum Mejor, Sarjan Mohd Noor Abd. Manap dan juga persembahan
menarik, 'Gayong Perang' oleh 69 Komando PDRM seramai 42 orang diketuai
oleh Kpl Norhisham Awang.
Selepas
upacara 'Beating the Retreat', upacara menurunkan bendera 'Sang Saka
Biru', 3 buah helikopter dari Unit Udara PDRM jenis Squereil 355N/F2
telah melakukan lintas hormat yang diketuai oleh juruterbang DSP Norsham
Md Jani, ASP Shukor Abd Razak dan ASP Lee Thian Guan. YDH Tan Sri Mohd
Najib bin Abd Aziz dan Y.Bhg Puan Sri Fatimah binti Hamid bersalaman
dengan hadirin yang hadir dan menandatangani Buku Pelawat buat kali
terakhir, sebelum ditarik dengan kenderaan istiadat oleh Pegawai-pegawai
Kanan sehingga ke pintu Balai Pengawal sebagai tanda penghormatan
terakhir.

YDH
Tan Sri Mohd Najib bin Abd Aziz menandatangani Buku Pelawat sambil
diiringi oleh YDH Dato Hj. Ismail bin Hj. Omar, Pengarah Pengurusan PDRM
dan YDH SAC II Amar Singh s/o Ishak Singh, Komandan PULAPOL Kuala
Lumpur.

YDH
Tan Sri Mohd Najib bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan
isteri, Y.Bhg. Puan Sri Fatimah binti Hamid melambai tangan semasa
ditarik dengan kenderaan istiadat oleh Pegawai-pegawai Kanan sehingga ke
pintu Balai Pengawal sebagai tanda penghormatan terakhir.