Paluan Berundur Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pdrm
PULAPOL
KL - 8 Januari 2008. Majlis Paluan Berundur YDH Datuk Christoper Wan
Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah berlangsung di
PULAPOL Kuala Lumpur.
Hadir
dimajlis tersebut YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua
Polis Negara, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu jemputan.
Majlis
dimulai dengan bacaan profil YDH Datuk Christopher Wan Soo Kee dengan
iringan muzik oleh Pancaragam PDRM, Persembahan Pancaragam PDRM,
'Beating the Retreat' - Turun Bendera dan juga menandatangani Buku
Pelawat dan diakhiri dengan YDH Datuk Christopher Wan Soo Kee serta
Y.Bhg. Datin Kong Suit Mui ditarik menaiki kenderaan istiadat hingga ke
Balai Pengawal, PULAPOL Kuala Lumpur.
PROFIL
YDH
Datuk Christoper Wan Soo Kee dilahirkan pada tanggal 9 Januari 1951 di
Georgtown, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjaya dalam Pasukan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Percubaan pada 11 November 1969
dengan menjalani Latihan Asas Kepolisian Di Maktab Polis Diraja
Malaysia KKB, Selangor. Telah Disahkan pangkat Inspektor pada 11
November 1972 semasa beliau bertugas dalam Cawangan Khas PT E3B3 di
Bukit Aman.
Pada
1 April 1980 beliau telah memangku pangkat ASP dan disahkan pangkat
tersebut pada 24 Mei 1982. Pada 10 Ogos 1985 beliau telah dinaikkan
pangkat DSP semasa masih bertugas di Cawangan Khas, Bukit Aman
sehinggalah pada tanggal 19 Mac 1992 dinaikkan pangkat sekali lagi
menjadi Supritendan Polis dengan menjawat jawatan Pegawai Staf, Cawangan
Khas, Bukit Aman. Pada 1 Oktober 1997 beliau telah memangku pangkat
sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)di Jabatan Pengurusan,
Bukit Aman. Setelah disahkan dalam pangkatnya sebagai ACP, pada Julai
2000 beliau sekali lagi memangku pangkat SAC II lalu menjawat jawatan
sebagai Ketua Cawangan Khas, IPK Kuala Lumpur.
Pada
26 Julai 2002, beliau telah dilantik sebagai Ketua Polis Negeri di
Melaka dengan memangku pangkat SAC I. Setelah itu, pada 1 Februari 2005,
beliau sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan
sebagai Ketua Polis Negeri Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP.
Hasil ketekunan dan prestasi yaang begitu cemerlang yang ditunjukkan
itu, beliau telah diberi mandat daripada Ketua Polis Negara untuk
menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dengan
memangku pangkat CP. Pada tanggal 10 Januari 2007 beliau telah disahkan
dalam pangkat tersebut.
YDH Datuk Christoper Wan
juga turut cemerlang dalam bidang akademiknya. Beliau merupakan pemegang
Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan iaitu, 'Master in
Business Administration' dari Newport University, USA pada tahun 1998.
Selain daripada itu, beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Perniagaan iaitu 'Bachelor of Business Administration' dari Royal
Melbourne Institute of Technology, Australia pada tahun 1997, Diploma
Sains Kepolisian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1995,
dan Diploma Sains Pengurusan dari INTAN, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada
tahun 1985. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus serta lawatan
sambil belajar seperti kursus 'Senior Basic' di Sekolah Cawangan Khas,
Lawatan sambil belajar di Jerman Barat, Bengkel Penguatkuasaan
Undang-Undang, kurus 'Color print Add/Sub System' dan 'Programming of
Colour' di jerman Barat, kursus pegawai turus di Sekolah Cawangan Khas
serta kursus Kepimpinan dan Pengurusan Lanjutan (JUSA) di Intan, Bukit
Kiara, Petaling Jaya, Selangor.
YDH Datuk Christoper Wan Soo Kee telah berkahwin dengan Y.Bhg. Datin Kong Suit Mui dan dikurniakan 2 orang cahayamata.
Sebagai
menghargai perkhidmatan cemerlangnya, beliau telah dianugerahkan
pelbagai Darjah dan Bintang Kebesaran antaranya PJN, DMPN, DMSM, PGPP,
PSPP dan KMN.
Sesungguhnya
pengorbanan dan bakti YDH Datuk kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia
adalah banyak dan sukar untuk dinilai. Semoga jasa dan bakti. Semoga
jasa dan bakti YDH Datuk mendapat ganjaran daripada Tuhan yang Esa.

YDH Datuk Christoper Wan Soo Kee memimpin Pancaragam PDRM dengan sebuah lagu Cina

Kali terakhir...YDH Datuk Christoper Wan Soo Kee menandatangani Buku Pelawat

Lambaian
...YDH Datuk Christoper Wan Soo Kee dan Y.Bhg. Datin Kong Suit Mui
ditarik dengan kenderaan istiadat ke Balai Pengawal PULAPOL Kuala Lumpur