Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Hari Bertemu Pelanggan Kempen Pencegahan Jenayah

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Dalam usaha merapatkan hubungan polis dengan komuniti termasuk pihak swasta didalam menangani jenayah, Cyberjaya Sdn Bhd (Cyberview) ,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-hari-bertemu-pelanggan-kempen-pencegahan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:54 MYT

Cyberjaya - 9 Januari 2008.  Majlis Pelancaran Hari Bertemu Pelanggan / Kempen Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah disempurnakan oleh YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor.

Dalam usaha merapatkan hubungan polis dengan komuniti termasuk pihak swasta di dalam menangani jenayah, Cyberjaya Sdn Bhd (Cyberview) , tuan tanah dan entiti yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan di Cyberjaya telah bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang , menganjurkan majlis tersebut.

Majlis ini turut dihadiri oleh YDH Dato' Jamshah bin Mustapa, Timbalan Ketua Polis Selangor, Tuan Azizan Mohamad Saidin, Yang di Pertua Majlis Perbandaran Sepang,  Supt. Zahedi bin Ayob, Ketua Polis Daerah Sepang, Ketua-Ketua Polis Daerah dari Kontinjen Selangor, Encik Redza Rafiq, Pengarah Urusan Cyberview Sd. Bhd, Pegawai-pegawai Kanan serta dif-dif jemputan.

Antara intipati ucapan pelancaran oleh YDH Dato' Khalid Abu Bakar, beliau menghuraikan matlamat utama program ini yang lain adalah untuk menyampaikan mesej bahawa keselamatan di Cyberjaya adalah terjamin dan selamat untuk para pelabur menjalankan urusan mereka di sini.
"Tahap keselamatan ini boleh dipertingkatkan lagi sekiranya wujud kerjasama dua hala antara Polis dan komuniti setempat. Sebagai komuniti yang prihatin terhadap keselamatan, samada persekitaran tempat kerja atau kediaman, sewajarnya menanamkan sifat tanggungjawab untuk bersama-sama membenteras jenayah yang berlaku tidak kira di mana kita berada" tambah beliau, yang selaras dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM yang bermatlamat menjadikan Tahun 2008 sebagai Tahun Memerangi Jenayah.

Menurut Encik Redza Rafiq, Pengarah Urusan Cyberview, "Program yang dianjurkan ini adalah amat berfaedah kepada komuniti di Cyberjaya kerana ia merupakan satu landasan bagi mewujudkan pemahaman dan kerjasama di antara pihak polis dan komuniti yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuklah syarikat-syarikat multinasional di mana usaha ini patut dicontohi oleh semua pihak "

Selain itu, program ini juga menggalakkan masyarakat bekerjasama dengan polis dengan mendaftar dan menjadi ahli Rakan Cop, yang memberi peluang kepada masyarakat mengenali pihak polis dengan lebih dekat serta menjadi sumber menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.

Pelancaran Hari Bertemu Pelanggan pula dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk memberi maklumbalas tentang prestasi pegawai dan anggota polis yang bertugas serta menyumbangkan idea bagi meningkatkan integriti pasukan polis di mana Kaunter Aduan Bertemu Pelanggan dengan rasminya beroperasi setiap hari Khamis mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di IPD Sepang.

Di majlis ini juga dipertontonkan gimik pelancaran 'Sekatan Jalanraya' yang melibatkan anggota Tugas Am dan Unit K-9 JSJ. Di samping itu juga diadakan tapak pameran dari Jabataan-jabatan PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pertunjukan oleh Unit K-9 JSJ, demo memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, demo Unit Pemusnah Bom PDRM, pameran kenderaan dari Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Udara serta Briged Tengah PGA.

Majlis Pelancaran Hari Bertemu Pelanggan Kempen Pencegahan Jenayah
Dilancarkan...YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor menekan butang pelancaran Rakan Cop sambil disaksikan oleh YDH SAC 1 Dato' Jamshah bin Mustapa, Timbalan Ketua Polis Selangor.

Majlis Pelancaran Hari Bertemu Pelanggan Kempen Pencegahan Jenayah
Cuba...Encik Redza Rafiq, Pengarah Urusan Cyberview mencuba baju kalis peluru sambil dipakaikan oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan dari Unit PSP Seremban.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM