Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Paluan Berundur Pengarah Jabatan Logistik Pdrm

Published: 09 Jun 2014 2.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Majlis diserikan dengan persembahan oleh Pancaragam Pusat PDRM, bacaan gurindam, lintasan hormat oleh Unit Udara..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/paluan-berundur-pengarah-jabatan-logistik-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:52 MYT

Kuala Lumpur - 16 Oktober 2007. Majlis Paluan Berundur Sempena Persaraan YDH Dato' Zainal bin Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah di adakan di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur .

Hadir di majlis tersebut YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Fatimah binti Hamid, Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, Pegawai-pegawai Kanan dan tetamu jemputan.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh Pancaragam Pusat PDRM, bacaan gurindam, lintasan hormat oleh Unit Udara PDRM dan juga acara 'Beating the Retreat' Turun Bendera. Di akhir majlis, YDH Dato' Zainal bin Mohd Tahir telah menandatangani 'Buku Pelawat' dan di arak dengan kenderaan khas bersama Y.Bhg. Datin Zainab binti Mat Amin meninggalkan majlis.

Paluan Berundur Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
Buat terakhir kali... YDH Dato' Zainal bin Tahir, Pengarah Jabatan Logistik menandatangani 'Buku Pelawat' sambil disaksikan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan Ketua Polis Negara

Paluan Berundur Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
Di arak...YDH Dato' Zainal bin Tahir, Pengarah Jabatan Logistik PDRM dan Y.Bhg. Datin Zainab binti Mat Amin meninggalkan majlis

ArticlePublished 09 Jun 2014 2.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM