Padah Si Pencuri Rim Tayar Cuba Menipu Polis
Seorang penjenayah yang aktif mencuri rim tayar cuba menipu anggota polis dengan menunjukkan resit palsu kononnya aksesori itu baru dibeli dari kedai alat ganti kereta.
Suspek yang berusia lewat 30-an itu ditahan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Ibu negara ketika sedang memandu kereta dengan membawa empat biji rim tayar kenderaan lain.
Semakan polis yang menahan kenderaan terbabit turut menemui alat pembuka tayar, alat bicu kereta (jack) dan pemutar skru.
Suspek yang cuba memperbodohkan polis dengan menunjukkan resit palsu tanpa nombor siri serta ditulis tangan itu telah menyebabkan pihak polis membawanya ke kedai yang didakwa membeli rim terbabit namun ternyata ianya drama tipu helah suspek sahaja.
Suspek dan barang kes di bawa balik ke balai untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro