Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Koperal Rita Gani Jadi Kebanggan Malaysi Di Rio Brazil

Diterbitkan: 12 Aug 2016 3.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Pengadil bola sepak Malaysia, Rita Gani dijadual mengadili perlawanan suku akhir bola sepak wanita antara juara bertahan Sukan Olimpik, Amerika Syarikat dan Sweden, tengah malam ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/koperal-rita-gani-jadi-kebanggan-malaysi-di-rio-brazil
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:46 MYT

Pengadil bola sepak Malaysia, Rita Gani dijadual mengadili perlawanan suku akhir bola sepak wanita antara juara bertahan Sukan Olimpik, Amerika Syarikat dan Sweden, tengah malam ini.

Rita yang diberi tanggungjawab selaku pegawai keempat itu akan membantu pengadil utama dari New Zealand Anna-Marie Keighley.

Pada 3 Ogos lalu, Rita yang pernah muncul pemenang Anugerah Pengadil Wanita Terbaik Asia 2014 itu, mengadili perlawanan antara Zimbabwe dan Jerman di Sao Paolo. Jerman menang dengan keputusan 6-1.

Pengadil berusia 38 tahun itu kemudiannya ditugaskan seba-gai pegawai keempat perlawanan antara Brazil dan New Zealand di sini, sebelum diberikan tugas sama ketika perlawanan New Zealand dan Perancis.

Rita, 38, mula membabitkan diri dalam arena bola sepak antarabangsa sejak tahun 2006 selain pernah diberi tanggungjawab mengadili perlawanan di Kejohanan Bola Sepak Wanita Asia 2014 di Vietnam.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini juga pernah terbabit dalam perlawanan Kelayakan Piala AFC Wanita Bawah 16 Tahun 2015 serta Piala Algarve 2014 di Portugal.

Selain itu, wanita kelahiran Sabah dan bekas penyerang negara itu juga pernah ditugaskan pada aksi Piala Dunia Wanita 2015 di Kanada.

Sumber: Berita Harian

Koperal Rita Gani Jadi Kebanggan Malaysi Di Rio Brazil
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2016 3.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM