Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Padah Dagang Orang Bakal Huni Penjara 10 Tahun

Published: 17 Jun 2014 12.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
PADAH DAGANG ORANG, BAKAL HUNI PENJARA 10 TAHUN : Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-dagang-orang-bakal-huni-penjara-10-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:20 MYT

Kota Bharu - Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.

Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.

Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.

Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini.

Padah Dagang Orang Bakal Huni Penjara 10 Tahun

ArticlePublished 17 Jun 2014 12.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM