Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Orang Ramai Jangan Panik Pergerakan Anggota Kenderaan Berat Polis

Diterbitkan: 14 Dec 2017 6.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 14 Dis 2017 - Polis Perak menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan pergerakan anggota dan kenderaan berat secara serentak seluruh kontinjen negeri itu selama dua hari bermula hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/orang-ramai-jangan-panik-pergerakan-anggota-kenderaan-berat-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:17 MYT


Ipoh, 14 Dis 2017 - Polis Perak menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan pergerakan anggota dan kenderaan berat secara serentak seluruh kontinjen negeri itu selama dua hari bermula hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata ia merupakan Latih Amal bagi polis Kontinjen Perak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Latih amal ini bagi memastikan pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU14," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata beberapa penutupan dan lencongan jalan akan berlaku di bandar raya Ipoh  bermula 2.45 hingga 6 petang esok sebagai sebahagian daripada latih amal tersebut.

Katanya Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dari arah Chemor ke bandar akan dilencong ke Jalan Raja Musa Mahadi (Hospital Raja Permaisuri Bainun), manakala  Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dari arah  Bulatan Bahagia ke Chemor dilencong ke Jalan St. John seterusnya ke Jalan Tun Abdul Razak arah Jalan  Kuala Kangsar.

"Jalan St John arah Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (ke arah Jalan Kuala Kangsar) dilencong ke arah Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (ke arah Bulatan  Bahagia).

"Selain itu, Jalan Raja Musa Mahadi ke arah Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab akan dilencong ke Jalan Tun Abdul Razak, sementara Jalan Tun Abdul Razak ke arah  Jalan Panglima Bukit  Gantang Wahab  dilencong ke arah Jalan Raja Musa Mahadi  (arah Hospital Raja Permaisuri Bainun)," katanya.

Hasnan meminta orang ramai supaya memberi kerjasama dengan mengikut arahan petugas trafik bagi  memastikan tanpa sebarang insiden berlaku serta mengambil tahu berhubung penutupan jalan supaya aliran lalu lintas berjalan lancar. - BERNAMA

 

 

 

 

 

ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2017 6.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM