Artikel
Lawatan Kerja Pengarah Kdnka Ke Markas Operasi Ppm Wilayah Satu Pelabuhan Klang
Pelabuhan Klang, 14 Disember 2017 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Zulkifli A...
Pelabuhan Klang, 14 Disember 2017 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyempurnakan lawatan kerja Ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Selangor, petang tadi.
Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), DCP Dato’ Abd Aziz Yusof dan Komandan Pasukan Polis Marin, SAC Dato’ Abd Rahim Abdullah telah menyambut beliau dan dibawa melawat sekitar Markas Operasi dengan menaiki Bot PT2 KPD Setia milik Pasukan Polis Marin (PPM). Selain itu, sesi lawatan kerja diteruskan dengan perbincangan bagi memperkasakan lagi penugasan PPM.
Dalam pada sama, beliau turut meyampaikan amanat kepada semua warga PPM serta menegaskan dalam menjaga integriti dan meningkatkan kesiapsiagaan kawalan di perairan negara di setiap wilayah. Persiapan tersebut merupakan salah satu fokus utama PDRM dalam menangani jenayah alam sekitar pada tahun hadapan.
Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut adalah barisan pegawai-pegawai kanan PPM dan rakan-rakan media.

Sesi bergambar kenangan.

Pengarah KDNKA, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menandatangani buku melawat.

Sekitar lawatan kerja Pengarah KDNKA, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Selangor

Sesi sidang media.