Orang Dikhendaki Anda Pernah Lihat Nur Jamal Hubungi Pihak Polis Segera
Kuala Lumpur, 26 Mac 2018 - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang warganegara Nepal di sebuah asrama pekerja di Jalan Barat, Petaling Jaya dekat sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, Lelaki tersebut dikenali sebagai Nur Jamal dan bekerja sebagai pembantu jualan.
Menurutnya, lelaki tersebut mempunyai alamat terakhir di Tingkat 1 Restoran Jaya, Persiaran Barat Jalan 8/1E Petaling Jaya dekat sini.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Farouq Fakhzan di talian 03-79662222," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online