Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

44 Warga Pdrm Terima Apc Pamer Khidmat Kerja Berkualiti

Diterbitkan: 27 Mar 2018 3.15 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
Kuala Lumpur, 27 Mac 2018 – Seramai 44 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah naungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2017 telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/44-warga-pdrm-terima-apc-pamer-khidmat-kerja-berkualiti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:03 MYT


Kuala Lumpur, 27 Mac 2018 – Seramai 44 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah naungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2017 telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Majlis yang  disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun itu adalah bagi menghargai komitmen dan amalan mutu kerja berkualiti yang dipamerkan oleh  pegawai kanan, anggota dan pegawai awam sepanjang tahun lalu.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa pemberian APC ini merupakan satu apresiasi yang cukup bermakna bagi menghargai dan meraikan warga PDRM yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

“Tahniah dan syabas kepada anda semua. Harapan saya agar momentum kecemerlangan ini dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa,” ucap beliau lagi.

Antara penerima APC tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Sri Amer Haji Awal, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Sharul Othman Mansor.

10,133 penerima APC dari PDRM akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang bersama Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1,000.

Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi turut melahirkan rasa bangga terhadap empat atlet PDRM yang telah menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) baru-baru ini di atas pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang sukan negara. Mereka terdiri daripada Deputi Superintendan Bibiana Ng Pei Chin (atlet menembak), Sub Inspektor Abdul Hamid Mohd Sauh (jurulatih dan pengadil sukan ragbi), Koperal Emma Firyana Saroji (atlet bowling padang) dan Koperal Sokongan Muhamad Fauzan Ahmad Lufti (atlet lumba basikal).

Tambah beliau, pemberian PPC itu merupakan pengiktirafan dan galakan kepada warga PDRM yang lain agar turut melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial termasuk kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan serta kebudayaan yang boleh mengharumkan nama organisasi khususnya dan negara amnya.

Majlis tadi turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Naib Presiden Kanan/Ketua Operasi Perbankan BSN, Encik Ahmad Noh Jeni, Ketua Peruncitan Produk BSN, Encik Mohd Sofian Amirudin dan para pegawai kanan.

29662975_1866766476666984_8930559807387133002_o
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

29060942_1866767543333544_4853430722311390810_o
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama Naib Presiden Kanan/Ketua Operasi Perbankan BSN, Encik Ahmad Noh Jeni.

29665631_1866767270000238_6737038393663066562_o
Pengacara majlis.

29352204_1866769213333377_5017454055805428423_o
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan buku keputusan dan sijil kepada penerima APC 2017.

29063749_1866769540000011_1127080141183036005_o
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan buku keputusan dan sijil kepada penerima APC 2017.

29662377_1866769963333302_3168360431234502224_o
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan buku keputusan dan sijil kepada penerima APC 2017.

29060789_1866772853333013_132946227855319044_o
Antara penerima sijil APC 2017.

 




ArtikelDiterbitkan 27 Mar 2018 3.15 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM