Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Tapis 44 Ditahan Kes Dadah

Published: 19 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sabak Bernam bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah berjaya menahan 44 individu disyaki terlibat kes dadah dalam OPS Tapis yang diadakan di Sabak Bernam, Selangor, di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-tapis-44-ditahan-kes-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:42 MYT

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sabak Bernam bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah berjaya menahan 44 individu disyaki terlibat kes dadah dalam OPS Tapis yang diadakan di Sabak Bernam, Selangor, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata operasi bersepadu berkenaan diketuai oleh ASP Ramli Raaf bersama seorang pegawai dan 21 anggota polis serta 23 anggota dari AADK.

Turut ditahan dalam serbuan itu adalah seorang wanita yang masih dalam status Orang Kena Pengawasan (OKP) dan berjaya diberkas di lokasi penagihan di Lorong 1 Bagan Sungai Besar.

Pihak polis bertindak merobohkan sarang penagihan dadah yang dipercayai menjadi lokasi melepaskan gian. Hasil ujian air kencing mendapati 37 individu positif dadah dan direman selama 14 hari untuk tindakan lanjut, manakala sembilan lagi individu ditahan kerana melanggar syarat.

Sumber : Sinar Harian
Ops Tapis 44 Ditahan Kes Dadah

ArticlePublished 19 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM