Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

21 Individu Ditangkap Ketika Leka Bermain Judi

Diterbitkan: 19 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu kawasan lapangan yang dijadikan tempat bermain judi bola golek di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Sepang, Selangor, di sini malam kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/21-individu-ditangkap-ketika-leka-bermain-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:54 MYT

Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu kawasan lapangan yang dijadikan tempat bermain judi bola golek di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Sepang, Selangor, di sini malam kelmarin.

Seramai 21 individu ditahan ketika leka bermain judi yang terdiri daripada lima warga tempatan, 15 warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh berusia di antara 19-54 tahun.

Antara barang rampasan adalah peralatan yang digunakan untuk bermain judi bola golek seperti kayu penyendal, papan carta, 190 cip judi, bola, alat penimbang air dan wang tunai bernilai RM6,403.
21 Individu Ditangkap Ketika Leka Bermain Judi

ArtikelDiterbitkan 19 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM