Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Sikap 23 Pentingnya Peningkatan Kesedaran Pengguna Jalan Raya

Published: 10 Jun 2014 9.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua Trafik Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), YDH SAC Dato' Abd. Aziz Yusof menyeru semua pengguna jalan raya di negara ini supaya mempertingkatkan kesedaran mereka berkenaan isu keselamatan jala..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-sikap-23-pentingnya-peningkatan-kesedaran-pengguna-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:53 MYT

Bukit Aman, 11 Februari 2011  - Ketua Trafik Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), YDH SAC Dato' Abd. Aziz Yusof menyeru semua pengguna jalan raya di negara ini supaya mempertingkatkan kesedaran mereka berkenaan isu keselamatan dan pematuhan undang - undang semasa memandu untuk memastikan kadar kemalangan berkurangan.

Dalam sidang media yang diadakan di Dewan Theatrate Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi, beliau menjelaskan sekitar Ops Sikap ke-23 yang dilancarkan baru-baru ini, kemalangan melibatkan penunggang motosikal mencatatkan kadar tertinggi iaitu sebanyak 68 peratus berbanding pengguna jalan raya yang lain.

Beliau menegaskan, pengguna jalan raya perlu mengambil kira faktor-faktor keselamatan diri sendiri dan orang lain semasa berada di jalan raya terutamanya pada musim-musim perayaan kerana jumlah kenderaan bertambah tiga kali ganda berbanding pada hari-hari biasa.

Ini berdasarkan jumlah kemalangan maut sebanyak 183 kes pada Ops Sikap kali ini berbanding 179 kes pada 2010 , dan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 2.2 peratus.

Jumlah keseluruhan kemalangan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 21.9 peratus iaitu sebanyak 17,288 kes berbanding pada 2010 iaitu sebanyak 14,183 kes.

YDH Dato' Abd. Aziz juga memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya terutamanya kepada mereka yang gemar memandu laju kerana dalam 167,868 saman yang dikeluarkan, 105,610 saman atau 70 peratus daripadanya adalah kerana kesalahan melebihi had laju yang ditetapkan.

Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama-sama dalam memastikan peratusan kemalangan jalan raya ini dapat dikurangkan kerana PDRM telah menggalas tanggungjawab sepenuhnya dalam usaha tersebut dan objektif tersebut pasti dapat dicapai sekiranya pengetahuan dan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya digunapakai oleh pengguna-pengguna jalan raya tersebut.


Ops Sikap 23 Pentingnya Peningkatan Kesedaran Pengguna Jalan RayaYDH SAC Dato' Abd. Aziz Yusof bersama Pegawai-pegawai Kanan Cawangan Trafik

Ops Sikap 23 Pentingnya Peningkatan Kesedaran Pengguna Jalan RayaSidang Media Ops Sikap Ke 23...

Ops Sikap 23 Pentingnya Peningkatan Kesedaran Pengguna Jalan RayaAntara wakil-wakil media yang hadir.


Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Md Aruwan bin Md Amilah
ArticlePublished 10 Jun 2014 9.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM