Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ops Cantas Khas Polis Kl Tahan 22 Suspek

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kuala Lumpur, 20 Sept - Polis Kuala Lumpur menahan 22 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan dan jenayah...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-cantas-khas-polis-kl-tahan-22-suspek
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:11 MYT

Kuala Lumpur, 20 Sept - Polis Kuala Lumpur menahan 22 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan dan jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka dipercayai melakukan kesalahan jenayah seperti tidak memiliki pasport (Akta Imigresen 1959/63) dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan (Akta Imigresen Seksyen 15(1)(c)).

"Mereka juga ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan curi kenderaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tangkapan itu turut membabitkan kesalahan samun, samun berkawan bersenjata, pecah rumah, ugutan jenayah, dan memasukkan dadah dalam badan.

Mohmad berkata mereka merupakan antara 321 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara sepanjang tempoh itu.

Selain itu, polis juga memeriksa 188 kenderaan, katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM