Gengster Edar Dadah Tumpas
Temerloh:
Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) IPD Temerloh Pahang mematahkan satu sindiket pengedaran
dadah yang bergiat aktif di sekitar Pahang dengan tertangkapnya 3 lelaki
tempatan bersama rampasan dadah 219 gram heroin di Mentakab Pahang.
Dalam
kejadian yang berlaku pada 16 September lalu, semasa sepasukan polis
dari JSJ D7 dan JSJN IPD Temerloh sedang menjalankan Op Cantas cuba
untuk menahan dan memeriksa sebuah kereta Nissan Livina Impulse di
parker Stesen Minyak Pertonas, Jalan Mertakab, pemandu kenderaan
tersebut cuba melarikan diri dengan melanggar seorang pegawai polis yang
hendak menjalankan pemeriksaan terhadap mereka.
Dalam
cubaan untuk menahan kenderaan tersebut, pegawai polis telah melepaskan
4 das tembakan terhadap tayar kenderaan dan anggota-anggota operasi
telah berjaya menahan tigas orang lelaki tersebut.
Hasil
pemeriksaan yang dijalankan ke atas kereta Nissan Livina, polis telah
menjumpai satu bungkusan kertas suratkhabar di bawah tempat duduk
penumpang belakang yang mengandungi sepeket plastic lutsinar berisi
serbuk merah jambu disyaki dadah heroin anggaran berat 219 gram.
Salah
seorang lelaki yang ditahan mempunyai tatu gambar lipan dan naga di
lengannya yang merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 08.
Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman