Operasi Polis Kuala Lumpur
KUALA
LUMPUR, 28 Mei 2010 -- Gara-gara melarikan diri daripada dicekup pihak
berkuasa, seorang pelacur patah kaki kanan dan tangan kiri akibat terjun
dari bumbung sebuah bangunan yang menempatkan sebuah pusat pelacuran
malam Khamis.
Kejadian
kira-kira 9 malam tadi berlaku apabila wanita berusia lingkungan 50-an
bersama-sama enam pelacur lain cuba melarikan diri apabila sebuah pusat
pelacuran di Tingkat 1 bangunan dua tingkat di Jalan Chow Kit itu
diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu mencegah jenayah.
Mangsa
yang mengalami kecederaan selepas terjun dari ketinggian 20 meter itu
dihantar ke hospital dengan ambulans manakala enam pelacur lain yang
juga berumur dalam lingkungan 50-an ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat
Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Dalam
operasi bermula 7 malam dan berakhir empat jam kemudian itu, seramai 85
orang ditahan atas pelbagai kesalahan di sekitar ibu negara.
Operasi
melibatkan empat agensi iaitu polis dengan 150 anggota, Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan 12 anggota dan
masing-masing 10 anggota dari Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran
Negara.
Ketua
Polis Kuala Lumpur, Dato' Wira Muhammad Sabtu Osman berkata operasi itu
dijalankan bagi mengesan penagih dadah, pendatang asing, judi haram, mak
nyah, peniaga VCS dan DVD cetak rompak dan pelacur yang tertumpu di
kawasan Chow Kit, Bukit Bintang, Jalan Petaling, Flat San Peng dan Dang
Wangi.
"Dalam
operasi ini, kita telah memeriksa 120 orang dan menahan 85 orang atas
pelbagai kesalahan antaranya tujuh pelacur, tiga pelanggan dan lima mak
nyah yang berusia 30 hingga 50 tahun," katanya dalam sidang media tengah
malam tadi.
Selain
itu, katanya dua lelaki berusia 30-an turut ditahan kerana memiliki
dadah dipercayai heroin seberat 0.2 gram manakala 28 orang lagi ditahan
keran positif dadah jenis heroin.
Beliau
berkata operasi itu sejajar dengan NKRA Polis Diraja Malaysia (PDRM)
bagi mengurangkan kadar jenayah jalanan bagi kontinjen Kuala Lumpur 20
peratus tahun ini.
Sementara
itu, Muhammad Sabtu berkata seramai 15 wanita ditahan pada kira-kira 1
tengah hari, 22 Mei lepas di sebuah premis yang terletak di Jalan Silang
di sini kerana terlibat dalam pelacuran.
"Hasil pemeriksaan mendapati 13 daripada mereka yang berusia lingkungan 20-an itu bukan warganegara ini," katanya.
Beliau
berkata ketika serbuan, mereka bertindak mengunci premis itu dari dalam
sehingga polis terpaksa meminta bantuan daripada pihak bomba untuk
memecahkan pintu tersebut.
Siasatan
lanjut mendapati di dalam premis itu terdapat 15 wanita, 44 keping
kondom dan lebih 100 tiub cecair pelincir (KY), katanya.
Menurutnya 13 wanita itu memiliki kad pengenalan palsu dan kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari dari tarikh ditangkap.
"Terdapat
sindiket yang menyediakan kad pengenalan palsu kepada pendatang asing
terutama kepada rakyat dari negara jiran yang menyamar sebagai warga
tempatan," katanya.
Beliau
berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan dalang
sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu itu yang dipercayai rakyat
tempatan.