Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Operasi Perangi Kegiatan Judi Diteruskan

Diterbitkan: 14 Nov 2014 1.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 13 Nov - Polis Kedah akan terus memerangi kegiatan judi haram di negeri ini dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-perangi-kegiatan-judi-diteruskan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:14 MYT
Alor Setar, 13 Nov - Polis Kedah akan terus memerangi kegiatan judi haram di negeri ini dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam tempoh tiga minggu ini, anggotanya menerusi operasi yang dijalankan berjaya melakukan beberapa tangkapan walaupun agak rendah iaitu hanya dua peratus.

"Walaupun hasil tangkapan hanya dua peratus ia bukannya satu kegagalan kepada pihak polis tetapi ini menunjukkan bahawa banyak premis yang telah ditutup berikutan takut akan diserbu.

"Mereka tutup kedai kerana tahu polis sentisa pantau kegiatan judi ini tetapi sekiranya mereka masih berani menjalankan operasi di premis-premis mereka, kita tidak akan memberi peluang langsung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah semalam.

Katanya dalam tempoh tiga minggu ini, sebanyak 144 serbuan dijalankan bagi perjudian loteri haram di mana 102 yang berjaya.

"Bagi mesin judi pula sebanyak 597 serbuan dilakukan yang melibatkan sembilan kejayaan," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata seramai 1,732 anggota polis di seluruh Kedah telah dikumpulkan bagi membantu kemungkinan operasi musim banjir kali ini.

"Kita telah buat persiapan rapi untuk menghadapi banjir yang berlaku dan seramai 1,732 anggota telah pun dikumpulkan.

"Selain itu, kita juga telah menyediakan sebanyak 23 buah bot penyelamat, 274 jaket keselamatan, lori, khemah dan generator bagi memberi bantuan menyelamat," katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 14 Nov 2014 1.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM