Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Operasi Cegah Lumba Haram

Published: 13 Jun 2014 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebanyak 146 saman telah dikeluarkan dengan 180 kesalahan dicatatkan termasuk tidak memiliki lesen memandu, insurans dan cukai jalan. Pihak Polis juga turut menyita lapan motosikal..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-cegah-lumba-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:52 MYT

Kuala Terengganu - 1 September 2009.  Sebanyak lapan buah motosikal di sita dan enam remaja ditahan polis kerana positif dadah jenis pil kuda dalam Operasi Cegah Lumba Haram dan menangani samseng jalanan yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, ASP Mohd Faudzi Muhamad berkata, sebanyak 380 buah motosikal telah diperiksa dalam operasi itu. "Sebanyak 146 saman telah dikeluarkan dengan 180 kesalahan dicatatkan termasuk tidak memiliki lesen memandu, insurans dan cukai jalan. Pihak Polis juga turut menyita lapan motosikal dan menahan enam remaja kerana positif dadah." katanya.

Kesemua remaja yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk menjalani pemeriksaan lanjut termasuk ujian air kencing.

Operasi ini membabitkan seramai 4 pegawai dan 34 orang anggota itu bermula dari 11 malam dan selesai pada pukul 4 pagi.


ArticlePublished 13 Jun 2014 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM