Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejayaan Tangkapan Dan Rampasan Dadah Bhgn Siasatan Jenayah

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Taiping, Perak - 20hb Ogos 2009, Hasil risikan maklumat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, Perak yang diketuai oleh ASP Roslee..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-tangkapan-dan-rampasan-dadah-bhgn-siasatan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:26 MYT

KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IBU PEJABAT DAERAH TAIPING, PERAK.

 

Taiping, Perak - 20hb Ogos 2009, Hasil risikan maklumat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, Perak yang diketuai oleh ASP Roslee keatas sebuah rumah di Taman Tupai Mas, Taiping Perak telah berjaya membongkarkan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah pelbagai jenis pil-pil khayal. Dalam serbuan tersebut pihak polis berjaya menangkap satu lelaki dan satu perempuan cina warganegara tempatan yang menghuni rumah tersebut. Kedua-dua saspek yang ditangkap dipercayai dalang utama dalam aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah jenis ecstacy di sekitar Ipoh,Perak.

 

2.         Antara barang-barang rampasan adalah seperti berikut:

2.1       Beberapa mangkuk stainless stell yang digunakan untuk mengisi serbuk dan ketulan dadah jenis Ecstacy.

2.2       (11) acuan stainless stell yang digunakan untuk memproses dadah pelbagai lambang.

2.3       Pengisar.

2.4       Penapis.

2.5       Beberapa jenis kepingan logam.

2.6       (620) biji pil ecstacy.

2.7       (29) biji pil erimin 5.

2.8       16.8 gram serbuk ketamin.

2.9       224 gram serbuk dadah jenis ecstacy.

 

3.         Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Taiping, Perak masih menjalankan siasatan lanjut keatas saspek yang ditangkap untuk mengenalpasti beberapa lagi ahli sindiket yang dipercayai terlibat dalam membekal dan mengedar dadah jenis ecstacy disekitar Perak. Kedua-dua saspek telah ditangkap di bawah Sek 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sekiranya didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

 

4.         Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Taiping, Perak  sentiasa bekerja keras dalam usaha untuk melumpuhkan sindiket-sindiket pengedaran dadah dan penagihan dadah yang telah merosakan generasi Malaysia yang akan datang.

 

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM