Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Operasi Cari Pembalak Hilang Di Hutan Lenggor Ditamatkan

Published: 13 Jul 2016 12.17 PM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
Mersing, 13 Julai - Operasi mencari seorang pembalak yang hilang dipercayai tersesat selepas melakukan kerja penandaan kayu balak di Hutan Lenggor dekat Mersing, sejak 27 Jun lepas, ditamatkan semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-cari-pembalak-hilang-di-hutan-lenggor-ditamatkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:56 MYT


Mersing, 13 Julai - Operasi mencari seorang pembalak yang hilang dipercayai tersesat selepas melakukan kerja penandaan kayu balak di Hutan Lenggor dekat Mersing, sejak 27 Jun lepas, ditamatkan semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Cyrill Edward Nuing berkata keputusan menamatkan operasi itu dilakukan selepas perbincangan teliti diadakan bersama pasukan penyelamat lain berikutan gagal menemui sebarang kesan terhadap mangsa.

"Hasil perbincangan bersama polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan lain-lain agensi yang terlibat, sebulat suara untuk menamatkan operasi.

"Bagaimanapun, operasi akan diadakan semula sekiranya ada sebarang kesan baru ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata operasi sejak dua minggu lepas itu melibatkan seramai 64 anggota daripada pelbagai agensi dan meliputi kawasan hutan berkenaan seluas 1,000 hektar.

Katanya kertas siasatan berhubung 'Orang Hilang' terhadap mangsa masih diteruskan walaupun usaha mencarinya ditamatkan.

Mangsa Lai Teng Weng, 60, yang merupakan pekerja Syarikat Kemajuan Mersing sebelum ini, dilaporkan dipercayai sesat ketika keluar bersendirian dari hutan tersebut menuju ke tempat meletak kenderaan.

Lai yang berasal dari Jemaluang, Mersing dikatakan masuk ke kawasan pembalakan itu kira-kira 7 pagi, 27 Jun lepas, bersama lima pegawai Jabatan Perhutanan dan seorang Orang Asli bagi kerja-kerja penandaan kayu balak.

Lai kemudian keluar bersendirian terlebih dahulu menuju ke tempat letak kereta sebelum dia didapati tidak berada di kawasan itu kira-kira 3 petang.

- BERNAMA

ArticlePublished 13 Jul 2016 12.17 PMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM