Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Selamat 9 Lebih 50 000 Saman Dikeluarkan Kepada Pengguna Lebuh Raya

Diterbitkan: 13 Jul 2016 11.31 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Kemaman, 13 Julai - Pemandu di Malaysia degil! Itu sikap yang dicerminkan terhadap pengguna jalan raya di negara ini apabila polis mengeluarkan lebih 50,000 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna lebuh raya di seluruh negara menerusi Op Selamat 9 yang bermula 29 Jun lalu hingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-9-lebih-50-000-saman-dikeluarkan-kepada-pengguna-lebuh-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:09 MYT


Kemaman, 13 Julai - Pemandu di Malaysia degil! Itu sikap yang dicerminkan terhadap pengguna jalan raya di negara ini apabila polis mengeluarkan lebih 50,000 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna lebuh raya di seluruh negara menerusi Op Selamat 9 yang bermula 29 Jun lalu hingga semalam.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Supt Mustafa Bakri Salleh berkata pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan merekodkan jumlah saman tertinggi berbanding pengguna di lebuh raya lain.

"Sehingga semalam kita telah mengeluarkan sebanyak 50,014 keping saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna di lebuh raya.

"Menerusi jumlah itu, kita dapati kesalahan had laju masih tinggi, biarpun pelbagai amaran dan peringatan yang diberikan, pengguna masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di kawasan lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Operasi had laju di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafa Bakri bagaimanapun berkata kesalahan pengguna menggunakan lorong kecemasan pula menunjukkan trend penurunan melibatkan semua laluan.

"Walaupun masih ada pengguna yang menggunakan lorong kecemasan namun ia
menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelum ini. Faktor kesedaran membantu
mengurangkan jumlah tersebut," katanya.

Mengenai operasi had laju tersebut, Mustafa berkata sebanyak 112 saman telah dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 1 tengah hari tadi.

Jelasnya dalam tempoh itu, sebanyak 71 saman dikeluarkan kepada pengguna di
LPT2 kerana gagal mematuhi had laju, manakala 19 lagi atas kesalahan nombor
pendaftaran kenderaan serta tiada lesan memandu.

Katanya, pihaknya turut memasang perangkap had laju dan mengadakan sekatan jalan raya bagi mengesan pesalah trafik dalam operasi itu yang disertai seramai 50 pegawai dan anggota dari Bukit Aman dan Terengganu.

"Sepanjang operasi itu kita turut merekodkan 156 km/j kelajuan paling tinggi yang dilakukan pemandu di laluan tersebut," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2016 11.31 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM