
Article
Opbanjir Tiada Istilah Penat Atau Lelah Untuk Membantu Mangsa Banjir Di Batu Pahat
Tidak penat atau lelah, itulah yang terlihat pada semangat para pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Gading yang terus-menerus memberi bantuan mengagihkan...
Tidak penat atau lelah, itulah yang terlihat pada semangat para pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Gading yang terus-menerus memberi bantuan mengagihkan bekalan makanan kepada mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara di daerah Batu Pahat, Johor.
Pengagihan bekalan makanan bersama Pasukan Polis Marin itu juga turut menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux milik Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Polis Daerah Batu Pahat