Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Cari Pemandu Pacuan Empat Roda Pandu Melulu

Diterbitkan: 11 Mar 2023 12.55 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 11 Mac 2023 - Polis mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang didapati memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan di sini pada Jumaat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-cari-pemandu-pacuan-empat-roda-pandu-melulu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:12 MYT
Petaling Jaya, 11 Mac 2023 - Polis mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang didapati memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira jam 10.49 pagi.

Menurutnya, kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan pacuan empat roda tersebut dipandu dalam keadaan melulu dengan memotong beberapa kenderaan di lokasi kejadian.

"Pacuan empat roda tersebut kemudiannya bertindak melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia sebelum berlalu pergi.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor M Sivam di talian 017-3290749 untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/249204

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 11 Mar 2023 12.55 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM