
Article
Opbanjir Tiada Hari Tanpa Fitik Warga Pga Bantu Rakyat Dalam Operasi Pasca Banjir
Dalam operasi pasca banjir itu, PGA menurunkan pegawai dan 40 anggotanya bersama aset tiga buah lori handalan untuk mengangkut harta benda awam yang musnah dal...
Polis Diraja Malaysia menggabungkan kekuatan Batalion 5 dan 6 dari Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk bersama penduduk setempat membersihkan kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Dalam operasi pasca banjir itu, PGA menurunkan pegawai dan 40 anggotanya bersama aset tiga buah lori handalan untuk mengangkut harta benda awam yang musnah dalam bencana alam bermula Khamis lepas.
Tugas fitik membersihkan kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam yang merupakan tempat terjejas teruk itu tidak sesekali dikendurkan, sehinggalah bebanan masyarakat setempat dapat dikurangkan sepenuhnya.





