
Article
Opbanjir Posting Pilihan Lawatan Kerja Pasca Banjir Oleh Pengarah Jabatan Logistik Dan Teknologi Ke Daerah Jelebu
Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri keadaan terkini di lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Telapak Buruk dan Balai Polis Titi.
Jelebu, 6 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan pasca banjir, di sini, semalam.
Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri keadaan terkini di lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Telapak Buruk dan Balai Polis Titi.
Hadir sama, Penolong Pengarah Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM) Bukit Aman, ACP Tuan Basri Abu Bakar, Pegawai Turus Operasi TSM Bukit Aman, Superintendan Shahrol Nizam Ahmad dan barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.