Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Saksi Majlis Serah Terima Tugas Kp Kedah

Diterbitkan: 06 Jan 2022 8.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 6 Januari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah di antara CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat dengan penyandang baharu, CP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-saksi-majlis-serah-terima-tugas-kp-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:19 MYT
Alor Setar, 6 Januari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah di antara CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat dengan penyandang baharu, CP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Razarudin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Kamarul Zaman atas khidmat bakti yang telah beliau curahkan sepanjang menyandang jawatan Ketua Polis Kedah.

“Semoga kecemerlangan legasi pimpinan terdahulu dapat diteruskan, di samping suntikan nafas baharu oleh kepimpinan terkini, agar PDRM dapat kekal ampuh dan relevan sebagai sebuah Pasukan yang disegani dan dihormati,” ujar beliau.

Timbalan KPN dalam ucapannya juga merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Wan Hassan atas pelantikan sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu.

Beliau yakin Ketua Polis Kedah yang baharu itu mampu memberikan sepenuh komitmen dalam memikul amanah yang dipertanggungjawab demi kemaslahatan nusa, bangsa dan Pasukan keramat ini.

“Sama-samalah jua kita ingat-mengingati bahawa mandat yang diberikan ini datang bersama tanggungjawab yang lebih berat. Justeru, sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, laksanakanlah tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti, agar segala yang diusahakan beroleh keberkatan di dunia dan juga di akhirat,” ujar beliau lagi.

Turut berlangsung tadi ialah Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kedah di antara Datin Suriati Muhamad dan Puan Sarihah Jusoh dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Zainah Othman.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid serta Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Muhammad Afiq Aizat Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 5 people and text that says 'POLIS KEDAH & PENGERUSI PE KONTINJEN KEDAH DEWAN TUNKU IBRAHIM IBU PEJABAT POLIS KONTIN 'EN KEDAH

May be an image of 5 people, people standing and headscarf

May be an image of 15 people, people standing, outdoors and text that says 'IBU PEJABAT POLIS KONTINJ MALAYSIA 00'

May be an image of 15 people, people standing, outdoors and text that says 'IBU PEJABAT POLIS KONTINJ MALAYSIA 00'

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'KONTINJEN KEDAH DEWAN TUNKU IBRAHIM REJABAT POLIS KONTINJEN KEDAH 1 2022 M0'

May be an image of 5 people and text that says 'MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS KEDAH & PENGERUSI PERKEP KONTINJEN KEDAH DEWAN TUNKU IBRA


ArtikelDiterbitkan 06 Jan 2022 8.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM