
Article
Opbanjir Polis Daerah Rompin Dan Sukarelawan Ganding Bahu Bersihkan Lumpur Banjir
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin berganding bahu bersama anggota sukarelawan dari Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang membersihkan lumpur...
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin berganding bahu bersama anggota sukarelawan dari Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang membersihkan lumpur yang menyelaputi kawasan perumahan penduduk di Kampung Aur, Bukit Ibam, Rompin ekoran banjir dialami baru-baru ini.
Operasi pasca banjir itu dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif pihak polis dalam meringankan beban masyarakat di kala waktu yang sukar ini.