
Artikel
Artikel Pilihan Dulu Komander Perbarisan Kini Pegawai Kanan Polis
Bekas pelatih Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) 2019 dari Universiti Sains Malaysia (USM), Inspektor Nuraida Shafiza Abdul Jalil terkejut apab...
Bekas pelatih Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) 2019 dari Universiti Sains Malaysia (USM), Inspektor Nuraida Shafiza Abdul Jalil terkejut apabila dipilih sebagai Komander Perbarisan (Parade Commander) pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Perlantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Awam Ke-15 yang lalu.
Kemudian, Inspektor Nuraida Shafiza sekali lagi terkejut apabila berjaya menamatkan latihan sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu kerjaya yang menjadi cita-citanya sejak di universiti lagi.
Walaupun bertubuh kecil, Inspektor Nuraida Shafiza yang kini berpangkat Inspektor dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, Kelantan nekad dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik kepada negara.
“Alhamdulillah, Kor SUKSIS banyak mengajar diri menjadi lebih berani dan tabah sekali gus membolehkan saya menamatkan latihan dengan jayanya,” katanya selepas Majlis Konvokesyen USM ke-58 baru-baru ini.
Ikuti kupasan lanjut berhubung perjalanan karier Inspektor Nuraida Shafiza dalam bidang kepolisan melalui pautan seperti berikut,
https://gpsbestari.sinarharian.com.my/ipt/dulu-komander-perbarisan-kini-pegawai-kanan-polis-tahniah-nuraida-kami-bangga-dengan-anda/?fbclid=IwAR0NWuPR6BRW2u3y9geEG-2bHpK9ZY4z7OmxtScVzsaNY0cw4rX8L_-HB9o
