
Artikel
Opbanjir Pdrm Terus Komited Laksana Pasca Banjir Di Hulu Langat
Sepasukan pegawai dan anggota Batalion 4 dari Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini, menjalankan tugas operasi pasca banjir dengan melakukan kerja-k...
Sepasukan pegawai dan anggota Batalion 4 dari Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini, menjalankan tugas operasi pasca banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan Dewan Orang Ramai, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, pagi tadi.
Operasi turut dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari Hulu Langat dan lori tanki dari Alam Flora bagi bantuan sumber air.
Dalam operasi yang sama, anggota Batalion 4 turut diatur gerak membantu membersihkan Surau Al-Munir, Desa Nanding, Hulu Langat, Selangor.