
Artikel
Opbanjir Artikel Pilihan Fru Turun Padang Suraikan Lumpur Banjir
Kajang, 26 Disember 2021 - Kehadiran mereka di tempat awam biasanya digeruni ramai.
Kajang, 26 Disember 2021 - Kehadiran mereka di tempat awam biasanya digeruni ramai.
Bersenjatakan belantan dan senapang peluru getah, termasuk jentera besar berwarna merah menyala, lazimnya tugasnya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia selalu dikaitkan dengan rusuhan dan tunjuk perasan.
Namun kali ini, FRU turun ke padang bukan untuk rusuhan, tapi untuk membantu mangsa banjir membersihkan tempat kediaman, premis perniagaan, serta rumah ibadah.
Timbalan Komandan FRU, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), ACP Tuan Rosman Kasman berkata, misi pasukannya kali ini berbeza dengan kelaziman.
"Kebiasaannya kalau ada rusuhan, kita akan jumpa kenderaan berwarna merah, di Dataran Merdeka sebagai contoh untuk suraikan rusuhan. Tetapi, susulan musibah banjir yang melanda negara pada masa ini, kenderaan merah ini ada di kawasan kampung, di kawasan bencana.
"Saya kerahkan anggota kita untuk membantu bersihkan rumah berkeadaan agak sedih sikit, dengan lumpur tebal, perabot rosak. Jadi kehadiran FRU di rumah-rumah mereka sedikit sebanyak menyenangkan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Sumber: Astro AWANI