
Artikel
Opbanjir Pdrm Bantu Edarkan Bekalan Air Bersih Kepada Penduduk Terjejas Banjir
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) hari ini, mengatur gerak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bagi me...
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) hari ini, mengatur gerak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bagi membantu menyalurkan sumber air bersih kepada mangsa banjir di Kampung Sungai Lui, Taman Desa Kerinchi, Hulu Langat yang terputus bekalan air sejak beberapa hari yang lalu.
Dua buah aset “Water Canon” telah digunakan bagi menyalurkan bekalan air kepada penduduk sekitar.
Kehadiran Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA) Bukit Aman, DCP Dato’ Kasuahdi Ali, Komander Briged Tengah PGA, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim bersama beberapa pucuk pimpinan Jabatan KDNKA lain dilihat dapat menyuntik semangat kepada para petugas yang tidak jemu membantu mangsa banjir.