Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Artikel Pilihan Pdrm Siap Siaga Gerakkan Anggota Tambahan Hadapi Banjir Kpn

Diterbitkan: 29 Jan 2023 1.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Batu Pahat, 29 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-artikel-pilihan-pdrm-siap-siaga-gerakkan-anggota-tambahan-hadapi-banjir-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
Batu Pahat, 29 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata bagaimanapun buat masa ini, belum ada keperluan untuk mengerakkan anggota tambahan kerana keupayaan pegawai dan anggota polis di peringkat daerah yang terjejas, masih mencukupi.

Beliau berkata pihaknya akan terlebih dahulu mengatur gerak anggota di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sebelum bantuan dari Bukit Aman digerakkan.

“Setakat ini kita lihat daripada keseluruhan laporan bencana, hanya Johor dan Sabah sahaja terlibat banjir, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan sudah semakin berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Balai Polis Sri Medan, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2160087...

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 29 Jan 2023 1.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM