
Article
Opbanjir Artikel Pilihan Pdrm Siap Siaga Gerakkan Anggota Tambahan Hadapi Banjir Kpn
Batu Pahat, 29 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman...
Batu Pahat, 29 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.
Beliau berkata pihaknya akan terlebih dahulu mengatur gerak anggota di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sebelum bantuan dari Bukit Aman digerakkan.
“Setakat ini kita lihat daripada keseluruhan laporan bencana, hanya Johor dan Sabah sahaja terlibat banjir, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan sudah semakin berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Balai Polis Sri Medan, di sini, hari ini.
Sumber: BERNAMA