
Article
Opbanjir Artikel Pilihan Bantuan Lebih Teratur Menerusi Pkob Timbalan Kpn
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata, secara kebiasaannya PKOB akan diaktifkan di setiap daerah yang melaporkan jumla...
Kuala Lumpur, 6 Januari 2022 - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) membolehkan agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu mangsa banjir secara lebih pantas dan teratur.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata, secara kebiasaannya PKOB akan diaktifkan di setiap daerah yang melaporkan jumlah kediaman dan penduduk ramai terkesan dengan bencana termasuk banjir.
"Kalau ada bencana di setiap daerah, memang ada Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka dan diselia ketua polis daerah berkaitan.
"Namun, kalau bencana itu teruk dan membabitkan banyak kampung, PKOB akan turut diaktifkan oleh pegawai daerah untuk penyelarasan bantuan lebih efisien," katanya.
Sumber: Berita Harian