Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Pantau Kawasan Hotspot Pengemis Minta Sedekah Timbalan Kpn

Diterbitkan: 06 Jan 2022 1.28 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, PDRM di peringkat negeri dan daerah diarahkan untuk membuat pemantauan terutamanya di kawasan bandar raya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-pantau-kawasan-hotspot-pengemis-minta-sedekah-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT
Alor Setar, 6 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau beberapa kawasan yang menjadi ‘hotspot’ pengemis jalanan meminta sedekah daripada orang awam khususnya di jalan raya yang sesak.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, PDRM di peringkat negeri dan daerah diarahkan untuk membuat pemantauan terutamanya di kawasan bandar raya.

“Mereka (pengemis) biasanya dapat dilihat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan selalunya di kawasan sesak seperti di lampu isyarat.

“Mereka yang meminta sedekah pula terdiri daripada golongan dewasa dan belasan tahun, jadi tidak dinafikan memang berlaku isu pengemis ini,” katanya ketika ditanya mengenai isu pengemis etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2040830

Sumber: BERNAMA

Polis pantau kawasan 'hotspot' pengemis minta sedekah
ArtikelDiterbitkan 06 Jan 2022 1.28 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM