Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Tutup 15 Ditahan Disyaki Terlibat Kes Dadah

Published: 11 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 15 individu termasuk seorang wanita telah ditahan dan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) disyaki terlibat kes dadah dalam OP TUTUP 5/ 2015 berdekatan Persisiran Pantai Jeti Kg. Bukit Malut, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-tutup-15-ditahan-disyaki-terlibat-kes-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:48 MYT

Langkawi , 11 Okt - Seramai 15 individu termasuk seorang wanita telah ditahan dan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) disyaki terlibat kes dadah dalam OP TUTUP 5/ 2015 berdekatan Persisiran Pantai Jeti Kg. Bukit Malut, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Marzuki Che Shuib berkata, OP Tutup tersebut dijalankan serentak bersama OP Sarang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

"Dua operasi serentak itu telah dijalankan selama dua hari bermula semalam dengan menggunakan bot ronda RH 53", katanya.

Menurutnya, serbuan dibuat dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua individu yang ditahan positif dadah.

Kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Kuah, untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1984.
Op Tutup 15 Ditahan Disyaki Terlibat Kes Dadah

ArticlePublished 11 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM