Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Soga 5 Polis Lumpuhkan Sindiket Judi Bola

Published: 11 Jul 2014 1.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Berdasarkan kepada siasatan awal oleh pihak polis, rangkaian perjudian ini melibatkan rantau Asia Pasifik seperti Hong Kong serta lain-lain lagi dan dipercayai suspek-suspek yang ditahan merupakan eje..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-soga-5-polis-lumpuhkan-sindiket-judi-bola
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:59 MYT
OP SOGA 5: POLIS LUMPUHKAN SINDIKET JUDI BOLA

Bukit Aman, 26 Jun – Bertindak atas maklumat dan risikan yang dibuat selama hampir empat minggu, Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM Bukit Aman dengan dibantu oleh Unit Siber Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Unit Forensik D10 JSJ telah berjaya melumpuhkan dua sindiket perjudian pertaruhan Piala Dunia yang bergiat aktif di Lembah Klang, semalam.

Dalam operasi yang dinamakan Op Soga 5 ini, serbuan yang pertama di sebuah kompleks perniagaan di Pudu telah menyaksikan pihak polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20 sehingga 32 tahun di dalam premis berkenaan.

Serbuan tersebut turut melibatkan hasil rampasan berupa tiga buah komputer riba, buku-buku catitan pertaruhan dan lain-lain perkakasan yang digunakan dalam sindiket terbabit.

Dalam satu serbuan yang berasingan di sekitar Kuala Lumpur, 12 buah ‘server’ yang disyaki terdapat laman web aktiviti perjudian turut dirampas.

Berdasarkan kepada siasatan awal oleh pihak polis, rangkaian perjudian ini melibatkan rantau Asia Pasifik seperti Hong Kong serta lain-lain lagi dan dipercayai suspek-suspek yang ditahan merupakan ejen perjudian yang mempunyai sehingga 1,500 orang pelanggan dengan setiap pertaruhan kredit limit yang dibenarkan berjumlah RM5,000 sehari.

Anggaran keseluruhan pertaruhan satu hari adalah sebanyak RM7.5 juta dan sehingga kini, anggaran pertaruhan terkumpul adalah berjumlah RM105 juta.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 dan jika disabitkan kesalahan, penganjur tesebut boleh dikenakan denda tidak RM20,000 sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun manakala bagi pemain yang didapati terlibat boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Op Soga 5 Polis Lumpuhkan Sindiket Judi Bola

Op Soga 5 Polis Lumpuhkan Sindiket Judi Bola

Op Soga 5 Polis Lumpuhkan Sindiket Judi Bola

Op Soga 5 Polis Lumpuhkan Sindiket Judi Bola

Op Soga 5 Polis Lumpuhkan Sindiket Judi Bola

Op Soga 5 Polis Lumpuhkan Sindiket Judi Bola

ArticlePublished 11 Jul 2014 1.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM