| Wartawan: L/kpl Noor Azima binti Zakaraia Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin BAKTI RAI PASUKAN KESELAMATAN NEGARA Kuala Lumpur 26 Jun - Sebagai tanda terima kasih serta keprihatinan kepada Pasukan Keselamatan negara, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) hari ini membungkus 49,300 kotak makanan untuk pasukan sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Yang DiPertua Bakti Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata, ini merupakan acara tahunan Bakti sebagai tanda penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas pengorbanan mereka yang bekerja tanpa mengira masa dan keadaan. 'Bakti akan sentiasa meneruskan usaha dalam memberi sumbangan kepada pasukan keselamatan negara bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan mereka.' katanya berucap pada majlis pembungkusan sumbangan Hari Raya kepada pasukan keslematan negara di Wisma Bakti hari ini. Turut hadir Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ahli Kehormat Bakti Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta ahli Bakti dengan dibantu oleh pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh ACP Sharifah Hawariah Binti Syed Idrus, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penuntut institusi pengajian tinggi tempatan. Kotak makanan mengandungi rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi impit itu akan diagihkan kepada pasukan keselamatan yang bertugas di dalam dan di luar negara pada Hari Raya dengan 25,000 kotak untuk PDRM, 20,000 kotak kepada ATM dan bakinya 4,300 kotak lagi kepada APMM termasuklah Esscom. Ahli Kehormat BAKTI Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali beramah mesra dengan tetamu yang hadir Bacaan doa memberkati majlis Yang DiPertua BAKTI Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ketika memberi ucapan Sekitar program berlangsung Sekitar program berlangsung Sekitar program berlangsung Ahli Kehormat BAKTI Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali beramah ketika membungkus kuih raya Sekitar program berlangsung Yang DiPertua BAKTI Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ketika melihat proses pembungkusan Saling bantu membantu Sekitar program berlangsung Sekitar program berlangsung Berat sama dipikul ringan sama dijinjing Sekitar program berlangsung Sekitar program berlangsung Antara bungkusan yang telah siap dibungkus Yang DiPertua BAKTI Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan cenderahati kepada ACP Sharifah Hawariah Binti Syed Idrus, Penolong Pengarah Pengurusan Kebajikan PDRM Yang DiPertua BAKTI Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ketika menyampaikan cenderahati Yang DiPertua BAKTI Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ketika menyampaikan cenderahati Sekitar program berlangsung Sekitar program berlangsung |
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Bakti Rai Pasukan Keselamatan Negara
'Bakti akan sentiasa meneruskan usaha dalam memberi sumbangan kepada pasukan keselamatan negara bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan mereka.' katanya berucap pada majlis pembungkusan sumbangan Hari R..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bakti-rai-pasukan-keselamatan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.