Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya

Published: 11 Jun 2014 8.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tanggungjawab, disiplin dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang jalan raya sebenarnya hendaklah bermula daripada pengguna kenderaan itu sendiri dan kempen sebegini adalah sangat bertepatan ad..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-sikap-25-pentingnya-kesedaran-awal-di-kalangan-pengguna-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:12 MYT

"...Fokus juga akan diberi dalam 6 operasi utama iaitu, operasi had laju, operasi motosikal, operasi mabuk, operasi lorong kecemasan dan potong queue, operasi lampu isyarat dan lain-lain operasi seperti lebih muatan, tali pinggang dan topi keledar..." - YDH Ketua Polis Negara

Subang Jaya, 16 Jan - "Tanggungjawab, disiplin dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang jalan raya sebenarnya hendaklah bermula daripada pengguna kenderaan itu sendiri dan kempen sebegini adalah sangat bertepatan adan relevan untuk dilaksanakan secara berkala bagi membangkitkan dan memperbaharui kesedaran serta keprihatinan masyarakat mengenai keselamatan jalan rata dan harta benda," ujar YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Pelancaran Op Sikap Ke-25 Dan Kempen Rumah Selamat 2012 Sempena Tahun Baru Cina di Kompleks Persada PLUS, hari ini.

Mengulas kenyataannya itu, faktor utama penyumbang kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab dan bertimbang rasa seperti tidak mematuhi tanda-tanda jalan dan had laju, melanggar lampu isyarat, memintas kenderaan di garisan berkembar, mengekori terlalu rapat, membelok tanpa memberi isyarat dan memasuki jalan utama dengan memganggap kenderaan lain memberi laluan di mana ianya merupakan penyebab kemalangan masih sukar untuk dibendung dan dikurangkan di negara.

Lebih Pelaksanaan Kepada Tindakan Penguatkuasaan Dan Operasi

Ops Sikap Ke-25 ini akan menyaksikan PDRM lebih menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan dan operasi seperti tindakan undang-undang kepada pesalah-pesalah trafik umpamanya saman serta-merta dan penekanan kepada elemen POBC - Perception Of Being Caught terhadap pengguna jalan raya.

Fokus juga akan diberi dalam 6 operasi utama iaitu, operasi had laju, operasi motosikal, operasi mabuk, operasi lorong kecemasan dan potong queue, operasi lampu isyarat dan lain-lain operasi seperti lebih muatan, tali pinggang dan topi keledar.

Konsep 3C Dalam Operasi

Bagi memperkasakan kaedah penugasan dalam Op Sikap kali ini, PDRM telah mengambil pendekatan terbaru dengan menerapkan elemen 3C sepanjang operasi ini dilaksanakan.

Elemen Collaboration umpamanya akan menyaksikan penglibatan secara langsung Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kementerian Kesihatan Malaysia, St.John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Malaysia Instutute Of Road Safety Research (MIROS), pihak media serta lain-lain agensi dan pihak swasta.

Aspek Communication pula memfokuskan kepada kelancaran saluran maklumat untuk memastikan pencapaian matlamat Op Sikap kali ini kerana ianya membolehkan keberkesanan tindakan-tindakan penguatkuasaan tanpa memberi sebarang gangguan kepada pengguna jalan rata yang sedang bercuti, juga bantuan daripada pihak-pihak media dalam memberi advokasi kepada masyarakat supaya peraturan dan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi.

Pendekatan-pendekatan baru turut diambil bagi mengaplikasikan aspek Creativity sepanjang operasi ini di mana gandingan multy-agency serta kaedah pelaksanaan pemikiran di luar kotak untuk memantapkan lagi pelaksanaan penguatkuasaan dan operasi keselamatan jalan rata serta penggunaan tanda-tanda amaran kehadiran penguatkuasa trafik di jalan-jalan yang kerap berlaku kemalangan maut.

Kempen Rumah Selamat

Seiring dengan musim perayaan ini, majlis pada hari ini turut melancarkan Kempen Rumah Selamat yang mensasarkan kepada keselamatan harta-benda dan rumah yang ditinggalkan semasa pulang ke kampung halaman atau pergi bercuti.

Orang ramai digalakkan mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh dimuat turun di portal laman web rasmi PDRM atau di balai-balai polis berdekatan dan diserahkan kembali setelah dilengkapkan bagi membolehkan rondaan keselamatan oleh pihak polis di kawasan berkenaan.

Majlis pada hari ini turut dihadiri YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rashid, Pengarah KDN/KA, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Y.Bhg Dato' Haji Solah bin Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ, Y.Bhg Dato' Ir. Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Y.Bhg Dato' Ir. Haji Mohamad Nor bin Yacob, Ketua Pengarah JKR, Y.Bhg Dato' Noorizah Hj. Abd Hamid, Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Y.Bhg Encik Gerald Leslie Leon, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Y.Bhg Encik Mohd Nur Isma bin Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD dan wakil-wakil media.
 
Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Ketibaan YDH DCP Dato Hj. Tun Hisan bin Hj.  Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor...
 
Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rashid, Pengarah KDN/KA...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Ketibaan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...
 
Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Antara barisan kehormat ketika menyanyikan lagu Negaraku...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Pengerusi majlis menyampaikan kata-kata aluan...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Bacaan doa dari Supt Hj. Ghazali bin Hj Daud...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Hadirin menadah tangan memanjatkat doa...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Y.Bhg Encik Tajul Azwa bin Bani Hashim, Ketua Pegawai Operasi CEO PLUS Malaysian ketikan memberi ucapan...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan  dan merasmikan majlis tersebut...
 
Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Ketika gimik pelancaran...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Ketika menyaksikan video...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Penyampaian cenderahati...

Op Sikap 25 Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
Antara tetamu yang turut  hadir...

Flag off pasukan bertugas...

Wartawan: L/kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

ArticlePublished 11 Jun 2014 8.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM