Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.51 AM Dikemas kini: 23 Sep 2026 10.22 PM
Semuanya ini adalah relevan dalam konteks kita sebagai organisasi penguat kuasa undang-undang yang perlu mengambil iktibar daripada lessons learned supaya sistem penyampaian perkhidmatan kita sentiasa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/2012-permulaan-yang-baik-kepada-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:36 MYT

"...Semuanya ini adalah relevan dalam konteks kita sebagai organisasi penguat kuasa undang-undang yang perlu mengambil iktibar daripada lessons learned supaya sistem penyampaian perkhidmatan kita sentiasa berada di tahap optima untuk kita menangani sebarang fenomena yang mungkin juga akan berlaku di tanah air kita ini... - YDH Ketua Polis Negara


Bukit Aman, 13 Jan
 - "Saya suka menyatakan bahawa kesemua lapan jabatan dalam Pasukan kita telah menunjukkan komitmen yang berterusan untuk membanteras jenayah," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Perkarangan Kompleks 3 Bukit Aman, hari ini.


Menurut beliau, Urus Setia NKRA umpamanya telah dibantu oleh semua jabatan untuk menentukan kesemua 26 inisiatif PDRM yang diwujudkan melalui NKRA dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya.


Beliau turut berpuas hati walaupun pihak polis masih perlu menangani faktor persepsi di kalangan pelanggan dan stakeholders PDRM.


Syabas Kepada Kontinjen Perak


Dalam pada itu, YDH Ketua Polis Negara turut mengimbas kembali rentetan kronologi peristiwa di seluruh dunia yang berlaku sepanjang tahun 2011 yang turut memberikan pengaruh kepada penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat.


Menyentuh berkenaan isu demonstrasi pelajar yang melibatkan keganasan dan vandalisme di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal tahun ini, beliau berpuas hati dengan kaedah polis Kontinjen Perak yang menangani insiden tersebut, walaupun ada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan tindakan-tindakan polis.


"Pengalaman-pengalaman lalu telah mengajar kita untuk bertindak dengan lebih profesional dalam membendung demonstrasi tersebut daripada berlarutan," tambahnya.


Tiada 'Police Brutality' Dalam Ops Aman


Mengimbas kembali kepada perhimpunan di perkarangan Mahkamah Persekutuan pada 9 Januari lalu, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga PDRM yang bekerja keras pada hari tersebut dalam memastikan tiada isu berbangkit berkenaan persepsi peserta perhimpunan tersebut terhadap kaedah penugasan anggota-anggota PDRM sekaligus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara meskipun terdapat beberapa insiden letupan pada hari tersebut.


"Letupan menggunakan Improvised Explosive Devices (IEDs) tersebut sedang disiasat oleh Kontinjen Kuala Lumpur," ulasnya.


Implementasi Konsep 4P, 3C dan 5S dalam Pasukan

Dalam pada itu, beliau turut mengunjurkan kepada seluruh warga PDRM agar sentiasa mempraktikkan konsep 4P yang menjadi teras kepada kualiti penugasan PDRM selama ini.


Beliau turut menambah, konsep 4P yang dilaksanakan juga perlu disadurkan dengan penghayatan konsep 3C- 'Creativity, Communication and Collaboration' seperti yang telah digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini.


"Jika diterjemahkan dalam konteks PDRM, setiap kita perlu memahami dan menghayati serta melaksanakan konsep 3C ini supaya objektif untuk melonjakkan prestasi dan produktiviti dapat dimaksimakan dalam masa sesingkat yang mungkin untuk menjamin relevansi, survival dan 'competitive edge' organisasi PDRM," ujarnya.


Pembudayaan 5S juga perlu dilaksanakan bagi memperlihatkan kualiti dari segi keterampilan dan imej PDRM khasnya kepada masyarakat dan warga PDRM itu sendiri.


Perhimpunan pembuka tirai 2012 ini turut dihadiri oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, YDH DCP Dato' Hadi Ho Bin Abdullah, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan dan Operasi), Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Hormat Panglima daripada Detachment Kawalan Kehormatan.

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Barisan pimpinan tertinggi PDRM..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Bacaan doa memberkati majlis.

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Bacaan doa memberkati majlis.

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Bacaan doa memberkati majlis.


2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Bacaan lafaz ikrar..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Bacaan lafaz ikrar..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Anggota-anggota PDRM yang hadir..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Kakitangan awam yang hadir...

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Kakitangan awam yang hadir...

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Pasukan koir dari Bukit Aman..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Penyampaian sijil penghargaan..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Penyampaian sijil penghargaan..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Penyampaian sijil penghargaan..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Penyampaian sijil penghargaan..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Penyampaian sijil penghargaan..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
Penyampaian sijil penghargaan..

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama kakitangan awam.

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama pegawai dan anggota PDRM

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama pegawai dan anggota PDRM

2012 Permulaan Yang Baik Kepada Pdrm
YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama pegawai dan anggota PDRM


Wartawan    :    L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto    :    L/Kpl Shareel
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.51 AMDikemas kini 23 Sep 2026 10.22 PM