Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Selamat Polis Johor Keluarkan 6 163 Saman

Published: 03 Jul 2016 8.50 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Johor Bharu, 3 Julai 2016 - Polis Johor mengeluarkan 6,163 saman kepada pengguna jalan raya sejak empat hari Op Selamat dijalankan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-polis-johor-keluarkan-6-163-saman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:43 MYT
Johor Bharu, 3 Julai 2016 - Polis Johor mengeluarkan 6,163 saman kepada pengguna jalan raya sejak empat hari Op Selamat dijalankan.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Johor, Supt Baharudin Mat Taib berkata jumlah saman yang dikeluarkan itu meningkat 1,413 berbanding tempoh sama pada Op Selamat tahun lalu.

Menurutnya, enam kesalahan utama yang paling kerap dikesan ialah memandu di lorong kecemasan dengan lima saman dikeluarkan, memotong di garisan berkembar (34), tidak mematuhi lampu isyarat (74), memandu melebihi had laju (3,291), menggunakan alat komunikasi semasa pemanduan (52) serta memotong barisan (63).

"Dalam tempoh sama, 874 kes kemalangan turut dicatatkan dengan enam daripadanya kemalangan maut yang mengakibatkan dua pemandu kereta, lima penunggang motosikal dan seorang pembonceng meninggal dunia," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharudin meminta orang ramai agar sentiasa memastikan keadaan fizikal mereka dan kenderaan berada tahap terbaik sebelum memulakan pemanduan. Op Selamat yang dilancar pada 29 Jun lalu, akan berakhir 13 Julai ini.- BERNAMA 
ArticlePublished 03 Jul 2016 8.50 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM