Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Selamat 5 2014 Kesedaran Orang Awam Menggalakkan

Diterbitkan: 12 Aug 2014 9.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau turut mengulas angka ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan penduduk Malaysia untuk menjaga harta peribadi dan tempat tinggal mereka sekaligus mendorong komuniti untuk memberikan maklumat kepada pihak polis bagi membantu mengekang perlakuan jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-5-2014-kesedaran-orang-awam-menggalakkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:46 MYT

OP SELAMAT 5/2014: KESEDARAN ORANG AWAM MENGGALAKKAN

Kuala Lumpur, 11 Ogos – Timbalan Ketua Polis Negara,  Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, berkata Op Selamat pada kali ini menunjukkan respons yang mengalakkan di kalangan orang awam di mana seramai 22,104 tuan rumah telah menggunakan saluran seperti Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan Hotline Rakan Cop serta menghantar borang balik kampung di balai-balai polis untuk memaklumkan kepada pihak polis berkaitan rumah yang ditinggalkan kosong semasa perayaan.

Beliau turut mengulas angka ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan penduduk Malaysia untuk menjaga harta peribadi dan tempat tinggal mereka sekaligus mendorong komuniti untuk memberikan maklumat kepada pihak polis bagi membantu mengekang perlakuan jenayah.

 Berucap sempena Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Ops Selamat 5/2014 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan pagi tadi, beliau turut menjelaskan, berbanding dengan Op Selamat 3/2013, jumlah kemalangan maut menurun dengan ketara sebanyak 15.9 peratus dan jumlah kematian juga menurun sebanyak 18.8 peratus.

 “Secara keseluruhannya, Op Selamat kali ini telah menunjukkan penurunan dari segi jumlah kemalangan maut berbanding Op Selamat 3/2013 walaupun jumlah kemalangan menunjukkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus,” jelasnya.

Majlis pada hari ini turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada 25 orang pemandu berhemah dan kepada kontinjen-kontinjen yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam mencapai obketif Op Selamat pada kali ini.

Upacara penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara.

Turut hadir, Pengarah-pengarah Polis Diraja Malaysia, Dato’ Kairul Annuar bin Mohamed Zamzam, Naib Presiden Eksekutif Sektor Kerajaan Telekom Malaysia Berhad, Pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2014 9.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM