Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Selamat 4 Pengguna Motosikal Kumpulan Paling Berisiko

Published: 12 Jun 2014 8.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Gombak, 5 Feb - Pengguna motosikal masih lagi merupakan penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan maut dengan jumlah 79 orang (58%) daripada jumlah yang direkodkan iaitu 136 orang...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-4-pengguna-motosikal-kumpulan-paling-berisiko
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:25 MYT

Gombak, 5 Feb - Pengguna motosikal masih lagi merupakan penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan maut dengan jumlah 79 orang (58%) daripada jumlah yang direkodkan iaitu 136 orang.

Menurut YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, statistik yang membabitkan pengguna motosikal itu tidak berubah walaupun pelbagai usaha dan kempen kesedaran dijalankan pihak berkuasa untuk menyedarkan pengguna supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan diri ketika berada di jalan raya.

Selain itu, Op Selamat 4 2014 turut menyaksikan kemalangan melibatkan kereta telah mencatatkan kadar yang tertinggi iaitu sebanyak 12,237 kes (72.9%), diikuti motosikal sebanyak 1,998 kes (19%) dan pacuan empat roda sebanyak 684 kes (4.1%).

"Setelah 12 hari dilaksanakan, operasi ini telah mencatatkan penurunan kadar kemalangan maut sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama dalam Op Selamat 2 pada 2013," ujarnya sempena Program Op Selamat 4 2014 di Plaza Tol Gombak, hari ini.

Mengulas berkenaan jenayah pecah rumah pula, beliau menjelaskan sejumlah 745 rumah telah dipecah masuk sepanjang tempoh (12 hari) ini, berbanding 807 rumah pada tahun sebelumnya, mencatatkan penurunan sebanyak 62 kes (8%).

Turut hadir, YDH Dato’ Sri Mohd Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), YDH SAC Dato' Abdul Aziz Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Op Selamat 4 Pengguna Motosikal Kumpulan Paling Berisiko
Ketibaan YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Op Selamat 4 Pengguna Motosikal Kumpulan Paling Berisiko
YDH Dato’ Sri Mohd Salleh bin Mat Rasid memberi taklimat mengenai laporan semasa Op Selamat 4 kepada  YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Op Selamat 4 Pengguna Motosikal Kumpulan Paling Berisiko
YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempat beramah mesra bersama pengguna leburaya di Tol Gombak.

Op Selamat 4 Pengguna Motosikal Kumpulan Paling Berisiko
YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar turut memberi cenderahati kepada pemandu di Tol Gombak.

Op Selamat 4 Pengguna Motosikal Kumpulan Paling Berisiko
Sidang Media.

ArticlePublished 12 Jun 2014 8.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM