Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Selamat 18 Walkabout Kpn Dekati Masyarakat Dalam Program Jspt Bersama Celcom

Published: 22 Apr 2022 4.55 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 April 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah meluangkan masa melakukan "walkabout" menyantuni masyarakat di sekitar Jalan Esfahan berdekatan kompleks beli belah SOGO, di sini petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-18-walkabout-kpn-dekati-masyarakat-dalam-program-jspt-bersama-celcom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:19 MYT
Kuala Lumpur, 22 April 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah meluangkan masa melakukan "walkabout" menyantuni masyarakat di sekitar Jalan Esfahan berdekatan kompleks beli belah SOGO, di sini petang tadi.

Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada program anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom) sempena Pra Op Selamat 18/2022.

Tan Sri Acryl Sani yang diiringi Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Mohd Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Mohamad Idham Nawawi telah meluangkan masa hampir sejam beramah mesra dengan masyarakat setempat di samping menyampaikan cenderahati dan juadah berbuka puasa kepada anggota polis yang bertugas di lokasi berkenaan.

Seusai program di lapangan, Tan Sri Acryl Sani dan tetamu yang lain telah dibawa ke JSPT Kuala Lumpur untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib sebelum menyampaikan sumbangan kepada balu, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) dari JSPT Kuala Lumpur. Selain itu, KPN turut tidak ketinggalan mengerjakan solat tarawih bersama warga JSPT Kuala Lumpur di Surau An-Nazahah.

Hadir sama, Timbalan Pengarah I, JPST Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nadzri Hussain, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Norsiah Mohd Saaduddin, barisan pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Koperal Rafsamjani Shamsul Bahar dan Koperal Mohd Shazril Abd Rashid.

May be an image of 8 people, people sitting, people standing, outdoors and text

May be an image of 7 people, people standing, outdoors and text that says 'H celcom'

May be an image of 11 people and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'KASIM POLIS RAJA celcom business'

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing


ArticlePublished 22 Apr 2022 4.55 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM