Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Samseng Jalanan Rempit Mat Rempit Bertempiaran Lari Nampak Polis

Diterbitkan: 26 Dec 2017 12.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Taiping, 26 Disember 2017 – Tindakan lima samseng jalanan yang menjadikan Jalan Kamunting – Taiping, di sini, sebagai litar perlumbaan berakhir apabila mereka dicekup dalam Op Samseng Jalanan/Rempit di Jalan Kamunting – Taiping, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-samseng-jalanan-rempit-mat-rempit-bertempiaran-lari-nampak-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:04 MYT

Taiping, 26 Disember 2017 – Tindakan lima samseng jalanan yang menjadikan Jalan Kamunting – Taiping, di sini, sebagai litar perlumbaan berakhir apabila mereka dicekup dalam Op Samseng Jalanan/Rempit di Jalan Kamunting – Taiping, semalam.

Operasi bermula kira-kira jam 3 pagi itu disertai sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dan Kontinjen Negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka bertindak agresif ketika melarikan diri sehingga menyebabkan anggota cedera cedera ringan di bahagian kaki ketika bergelut bersama suspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, seorang pelajar berusia 15 tahun antara penunggang yang ditahan dalam operasi itu.

“Pasukan yang terlibat telah buat pemerhatian dan pemantauan sepanjang operasi di jalan berkenaan ternampak beberapa buah motosikal yang ditunggang suspek berusia 15 hingga 22 tahun berlumba sesama sendiri.

“Mereka menunggang dalam keadaan merbahaya dengan menundukkan badan dan melakukan aksi zig zag dari lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya hingga pusingan U yang terletak sejauh 3km,” katanya.

Menurutnya, suspek telah beberapa kali melakukan pusingan perlumbaan dan aksi berbahaya yang mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Polis telah mengekori suspek-suspek ini sehingga mereka ditahan dan dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan selanjutnya.

“Sebanyak 25 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen, cukai jalan tamat tempoh, motosikal yang telah diubahsuai dan nombor plat yang tidak mematuhi syarat,” katanya.

Razlam berkata, semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Suspek boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 26 Dec 2017 12.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM