Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Wanita Dera Remaja Sehingga Melecur Di Tangan Badan Dan Mulut

Diterbitkan: 26 Dec 2017 1.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Penjaga wanita pusat rawatan kesihatan di Semenyih, Kajang, ditahan selepas dipercayai mendera teruk seorang remaja perempuan yang bekerja di pusat rawatan itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-wanita-dera-remaja-sehingga-melecur-di-tangan-badan-dan-mulut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:04 MYT

Penjaga wanita pusat rawatan kesihatan di Semenyih, Kajang, ditahan selepas dipercayai mendera teruk seorang remaja perempuan yang bekerja di pusat rawatan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perbuatan dera itu selepas dimaklumkan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 22 Disember lalu.

“Mangsa yang tidak bersekolah itu memaklumkan dia dipukul menggunakan senduk panas, selain dicekik dan ditumbuk suspek wanita berusia 41 tahun hingga menyebabkan kesan lecur pada tubuh mangsa.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lecur di tangan, badan dan mulut mangsa. Mangsa turut mendakwa pernah dirogol pelanggannya di Sri Petaling, Kuala Lumpur, Mei lalu,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, pagi tadi.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada lapan adik beradik itu menetap di pusat rawatan berkenaan sejak April lalu selepas dihantar ibu bapanya yang dikatakan tidak mampu menyara mangsa.

“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Suspek ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kira-kira 5.30 petang, semalam,” katanya.
Beliau berkata, reman terhadap suspek akan diambil hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 26 Dec 2017 1.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM