Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Pensura Pati Ditahan Pas Lawatan Tamat Tempoh

Published: 23 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menahan tiga penumpang bot express warga Indonesia dalam Op Pensura, lebih kurang jam 9.00 pagi, di Ekpress Ceria, Vision Wharf Ekpress Daro, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-pensura-pati-ditahan-pas-lawatan-tamat-tempoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:25 MYT

Sibu, 22 Okt 2015 : Pasukan Polis Marin (PPM) telah menahan tiga penumpang bot express warga Indonesia dalam Op Pensura, lebih kurang jam 9.00 pagi, di Ekpress Ceria, Vision Wharf Ekpress Daro, di sini semalam.

Menurut Komander PPM, ACP Kalai Chelvan, hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga warga Indonesia itu memiliki pas lawatan telah tamat tempoh dan tinggal di negara ini lebih daripada masa yang telah ditetapkan.

"Operasi ini melibatkan tiga anggota marin yang membuat rondaan di kawasan berkenaan dan warga Indonesia itu telah dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1963.
Op Pensura Pati Ditahan Pas Lawatan Tamat Tempoh

ArticlePublished 23 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM