Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Pensura Marin Rampas Pelbagai Jenis Kosmetik Ubatan Bernilai Rm18 360

Published: 04 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, telah merampas sejumlah bahan kosmetik dan ubatan bernilai RM18,360 yang cuba dibawa masuk secara haram berdekatan Perairan Bagan Hailam, di sini lewat petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-pensura-marin-rampas-pelbagai-jenis-kosmetik-ubatan-bernilai-rm18-360
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT

Pelabuhan Klang, 4 Okt - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, telah merampas sejumlah bahan kosmetik dan ubatan bernilai RM18,360 yang cuba dibawa masuk secara haram berdekatan Perairan Bagan Hailam, di sini lewat petang semalam.

Menurut Komandernya, Assisten Komisioner Marzuki Che Shuib, pihak marin telah menahan sebuah bot barter KM Camar Mulia dan hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis produk kosmetik, ubatan dan jamu tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Op Pensura Bilangan 9/ 2015 ini bermula pada jam 11.30 pagi dengan menggunakan bot RH 10 dan telah mengadakan pemeriksaan ke atas sebuah bot barter yang dalam perjalanan ke Jeti Asa Niaga Pelabuhan Klang", katanya.

ACP Marzuki berkata, sebanyak 14 jenis produk kosmetik, ubatan dan jamu dirampas dalam operasi tersebut.

"Kesemua barang rampasan akan diserahkan kepada pihak Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Selangor untuk tindakan lanjut", katanya.

Kes disiasat dibawah Sek 7(1) (a) Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.
Op Pensura Marin Rampas Pelbagai Jenis Kosmetik Ubatan Bernilai Rm18 360

ArticlePublished 04 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM