Op Penguatkuasaan Trafik
oleh: Sjn Zaiddin Dahalan
SUNGAI BULOH - 6 September 2013. "Kertas siasatan berhubung nahas membabitkan sebuah bas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands pada 21 Ogos lepas, mengakibatkan 37 orang termasuk pemandu maut manakala 16 lagi cedera kini hampir siap 90 peratus. Siasatan pada masa ini hanya memerlukan maklumat daripada agensi-agensi dan pakar terlibat untuk mengenal pasti punca sebenar berlakunya kemalangan tersebut" kata YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan kepada pemberita semasa Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai di Kilometer 453.4 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Sungai Buloh.
Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai ini juga dijalankan serentak (Senawang, Sungai Buloh dan Karak) melibatkan 18 orang pegawai dan 100 anggota trafik bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 3.00 pagi, 6 September 2013.
Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai di Hentian Sungai Buloh melibatkan 10 orang pegawai dan 36 anggota trafik, diketuai oleh Ketua Trafik Pasukan sendiri.
Pelbagai
kesalahan trafik dicatatkan (Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai - Hentian
Sungai Buloh) dan sebanyak 99 saman Pol. 257 telah dikeluarkan
melibatkan kesalahan pandu laju(25 bas dan 6 lori), no pendaftaran tidak
mengikut aturan( 40 saman) dan 28 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai
kesalahan seperti tiada lesan LKM, membawa muatan merbahaya dan
lain-lain kesalahan.
Sekitar Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai di Kilometer 453.4 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Sungai Buloh.